Setelah kewafatan Nabi Ibrahim AS, baginda Nabi Ibrahim
AS telah meninggalkan agama Hanif yang menjadi anutan bangsa Arab. Namun,
setelah sekian lama peninggalan ajaran Nabi Ibrahim AS, agama Hanif mula
terhakis dan virus-virus akidah mula merebak dan menjangkiti bangsa Arab. Amru bin Luhay adalah manusia yang
bertanggungjawab mengheret bangsa Arab ke lembah kesesatan. Dia mula memasang
berhala, mencipta Bahira, Saibah, Wasilah dan Hami.
Maka, berkembang biaklah
kesesatan dalam masyarakat Arab. Anutan yang dahulunya didasari dengan akidah
tauhid kepada Allah ditokok tambah, diubah, dan ditukar kepada kepercayaan yang
karut sehingga jadilah masyarakat Arab sebagai sebuah masyarakat yang hina dan
berakhlak buruk. Mereka tidak lagi menyembah Allah kecuali sedikit daripada
mereka, bertaqarrub kepada berhala-berhala, tunaikan haji untuk berhala, memberi
makan kepada berhala-berhala dan pelbagai lagi kesesatan yang berlaku.
Bangsa arab mula bertukar akhlak
buruk dan mempunyai masalah sosial yang melampau. Mereka berperang sesame kabilah
dan pihak yang menang akan menawan wanita-wanita dari pihak yang kalah. Berzina
menjadi satu amalan yang tiada malunya. Berjudi dan minum arak menjadi perkara
yang rutin. Terdapat perbezaan taraf hidup yang melampau bagi pihak bangsawan
dan golongan rakyat. Malah, terdapat lagi masalah-masalah keruntuhan akhlak
dalam kalangan bangsa Arab sehingga Rom dan Parsi yang berada berjiran dengan
negeri Arab, tidak berkeinginan untuk menawan mereka kerana mereka mempunyai
akhlak yang sangat buruk. Begitulah keadaan bangsa Arab Jahiliyah.
Lalu, Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad SAW yang lahir dari sisa-sisa mulia keturunan Quraish untuk menyeru mereka kembali berada di atas dasar akidah tauhid dan memperbaiki akhlak mereka. Hasil dakwah Nabi Muhammad SAW, bangsa Arab yang dahulunya hina menjadi mulia. Mereka yang mempunyai akidah sesat mula menyembah Allah. Bangsa Arab yang dahulunya berakhlak buruk, mula mempunyai akhlak yang terpuji. Mereka menjadi mulia dengan kedatangan ISLAM.
Begitu juga yang berlaku kepada bangsa-bangsa lain di dunia. Bangsa Parsi menjadi unggulpada zaman Abasiyah. Bangsa Turki menjadi masyur pada zaman Turki Uthmaniyah. Bangsa Tartar menjadi gemilang pada zaman Mughal di India. Mereka semua menjadi mulia dan menempa nama dalam sejarah dunia setelah menerima ISLAM.
Namun, pada tanggal 3 Mac 1924
iaitu tarikh rasmi runtuhnya Empayar Turki Uthmaniyah, masyarakat Islam mula
seolah-olah hilang hala tuju. Mereka mula menjadikan bangsa yang meruntuhkan
mereka sebagai contoh. Mereka membangun Negara bangsa. Mereka mengikut
budaya-budaya kuning. Masyarakat Islam tidak lagi menjadikan Al-Quran dan
As-Sunnah sebagai rujukan. Perlembagaan barat menjadi anutan. Wang dan harta
benda menjadi sembahan. Arahan nafsu amarah tidak boleh dipinggirkan.
Masyarakat Islam terpesona
dengan dunia. Bunuh, rompak, zina, rogol menjadi kebiasaan. Judi, dan arak
adalah suatu yang tidak boleh dipisahkan. Mereka semakin lalai, terpesong, dan
jauh meninggalkan ISLAM di belakang.
Justeru wahai sahabat-sahabatku,
keadaan sekarang tidak jauh bezanya dengan keadaan zaman Arab jahiliyah. AHLAN
WASAHLAN dan SELAMAT DATANG wahai sahabat-sahabatku ke dunia realiti JAHILIYAH
MODEN. Adakah anda hanya mahu berpeluk tubuh sedangkan didepan anda berlaku
masalah zina? Adakah anda hanya mampu menjadi pendengar setia mendengar
kejadian bunuh dan rompak?
AYUH ANAK-ANAK MUDA KITA BANGKIT!!!
“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu
ke dalam Islam sepenuhnya”